KAI Di Sebalik Nama

UMUM mengetahui penyerang England dan Manchester United, Wayne Rooney sudah bergelar bapa buat kali pertama apabila isterinya Coleen Rooney melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram di Hospital Wanita, Liverpool awal minggu ini.

Rooney memilih nama Kai Wayne Rooney bagi anak sulung dalam keluarganya itu, nama yang kini menimbulkan persoalan di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak.

Kai adalah satu nama pilihan yang jarang digunakan, menduduki ranking ke-68 dalam senarai 100 nama terpilih yang dikumpul pada 2008 oleh Pejabat Statistik Kebangsaan Britain.

Ia juga menghadirkan banyak makna dalam pelbagai bahasa. Dalam bahasa Welsh dan Scottish, Kai bermakna penjaga kunci-kunci. Di Hawaii, ia bermakna laut dalam manakala bagi kaum Maori, ia diterjemahkan sebagai makanan.

Bagi kaum Cina, ia bermaksud tidak putus-putus, dalam bahasa Mandarin ia bermakna kemenangan, dalam bahasa Myanmar ia bermaksud kuat atau sukar untuk ditewaskan, bahasa Jepun bermaksud perubahan atau pengantara manakala dalam bahasa Yoruba, satu bahasa di Nigeria ia bermakna cinta.

Namun, difahamkan Rooney adalah peminat permainan video Mortal Kombat, dengan Kai adalah karakter utama. Ramai yang menganggap bintang England berusia 24 tahun itu mengambil nama anaknya sempena permainan video itu.

Nama itu semakin popular secara perlahan-lahan sejak 1990-an. Satu nama yang tidak begitu biasa bagi nama pertama buat lelaki tapi agak biasa bagi nama terakhir bagi lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, Rooney dan Coleen masih berdiam diri mengenai rahsia nama anak sulung mereka dan enggan memberikan sebarang komen sejak anaknya itu dilahirkan pada jam 2.20 petang waktu tempatan Isnin lalu.

Google VS Bing

Bg aku setiap orang ade yang memilih google, bing atau yahoo sebagai search engine untuk mencari sesuatu di internet..bg aku google adalah yang terbaik tetapi terpulanglah bg korang pulak..tetapi bg sesiape yang berada 50/50 antara google dan bing ni bolehlah korang pakai ni pulak, Google Vs Bing..haha...dua2 boleh pakai dalam masa serentak dan korang boleh bandingkan hasil kedua-dua enjin carian ni...


Related Posts with Thumbnails