Detik2 Peninggalan Rieduan @ Gorgon Ke Qatar

amik ko et...aku buat 2 post hari ni...hahaha...kali nak cerite tentang saat demi saat pemergian gorgon ke qatar...memandangkan flight die pukul 2.30 pagi dan masih belum membuat persiapan rapi jadi kami terpaksa bergerak lebih awal untuk membeli barang2 keperluan die... dgn berpakaian segak dan berkot dengan gahnye menaiki kerete wira 1.6 kaler ijau menuju ke giant batu caves dgn harapan dapat membeli barang disitu. pergh!! sampai kat sane parking pon susah nak cari, tetapi dgn azam yang kuat akhirnye dapat jugak cari parking.. bile dah masuk dalam memang ramai org dan dpt mengagak sbb ape org ramai(org gomen dpt gaji)..jadi terpakse batalkan jugak niat membeli brg dan akhirnye terpakse mengalah dan pergi ke kedai runcit apek kat taman samudera dan tanpa bersesak dapat membeli beberapa makanan ruji..(p/s : eg sempat beli aiskrim kat giant)..dan perjalanan diteruskan ke KLIA..qatar, here gon come!
gambar diatas ialah gambar incik gorgon tengah posing kat esso bandar baru selayang berlatar belakang stadium MPS(baru 2 kali masuk)..gambar diatas pulak seperti kami ni peminat incik gorgon yang teruje dapat bergambar dgn die..mafla manchester yang die pakai tu memang xikhlas sebab die bukan peminat manchester, tetapi sebab awek yang bg die terpakse la pakai walaupun suhu agak panas ketika itu..inilah die hasil pembelian di kedai runcit tadi siap ade biskut tiger lagi...kat sane ade biskut camel kot...
gaye mesti ade walaupun terpakse berpeluh. pade mase ni die meragakan gaye ala2 usahawan multilevel dgn talipon bimbit 4g beliau.

agak excited dapat dilihat disitu apabila akhirnya dapat menolak troli yang xdpt ditolak mase pergi giant tadi..beliau sempat bergambar dgn encik LCD, mane la tahu kat sane masih pakai tv itam putih ke..hahahaha


sempat bergambar untuk kali terakhir walaupun ade banyak mase lagi...
setelah lame menunggu dan terlelap beberapa kali akhirnya tiba waktu yang dinantikan.. setelah berpeluk-pelukan dpn org ramai(mungkin ade yg anggap kami gay, salah!! gorgon je), akhirnya die pergi juga! (effy nyanyi lagu i'll be there dalam hati)...goodbye gon... see u next year!

Majlis Makan Beradab Gorgon

wah....lame sungguh hamba xupdate blog ni dan telah dimarahi oleh makcik et....sorry et...aku buat2 sibuk kebelakangan ni...walaupun gambar ni diambil agak lame sebelum pemergian gorgon ke qatar...jadi sebelum beliau(ha?) melepaskan diri ke qatar jadi kitorang bersubahat untuk membuat majlis ala2 parti bujang @ makan2 untuk menggembirakan hati si gorgon sebelum beliau ke qatar...pesta tu diadakan di sebuah lokasi di kajang walaupun di sekitar selayang mall pon ade jugak..saya sebagai pengarang tidak menjangka kehadiran begitu ramai tetamu walaupun hanya menalipon apis seorang sahaja(thanks kawan2)....
dengan ini saya memperkenalkan barisan2 tetamu yang hadir bermula dari kiri bawah...
FARID(pakai topi komunis dan spec ala2 terminator)APIS(baju mcm tahanan perang) GORGON(muke mcm tgh blowjob tu)M.K.LUTFI(tgh sms)DIN DANG(mcm muke kanak2)HADI(tgh concentrate mamam)DAUS(agak ghairah juga tgk gorgon makan)PENGARANG(dgn jam tgn baru)MAWI(dijempot khas dari kajang)MAJID(tinggal bini jap nak dtg)KADI(tgh mkn lidi sate) dan tidak lupe kpd yg mengambil gambar ni iaitu seorang bdk dari bahau(MAN VAIO)...wahaha...lepas makan tu semue muke mcm haram sbb terlalu kenyang dan xtahu nak buat ape2....anyway thanks kpd semua tetamu yang hadir dan bayaran pada malam itu ialah 16 ringgit seorang...(seorang makan 20 cucuk!)..haha

KAI Di Sebalik Nama

UMUM mengetahui penyerang England dan Manchester United, Wayne Rooney sudah bergelar bapa buat kali pertama apabila isterinya Coleen Rooney melahirkan bayi lelaki seberat 3.7 kilogram di Hospital Wanita, Liverpool awal minggu ini.

Rooney memilih nama Kai Wayne Rooney bagi anak sulung dalam keluarganya itu, nama yang kini menimbulkan persoalan di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak.

Kai adalah satu nama pilihan yang jarang digunakan, menduduki ranking ke-68 dalam senarai 100 nama terpilih yang dikumpul pada 2008 oleh Pejabat Statistik Kebangsaan Britain.

Ia juga menghadirkan banyak makna dalam pelbagai bahasa. Dalam bahasa Welsh dan Scottish, Kai bermakna penjaga kunci-kunci. Di Hawaii, ia bermakna laut dalam manakala bagi kaum Maori, ia diterjemahkan sebagai makanan.

Bagi kaum Cina, ia bermaksud tidak putus-putus, dalam bahasa Mandarin ia bermakna kemenangan, dalam bahasa Myanmar ia bermaksud kuat atau sukar untuk ditewaskan, bahasa Jepun bermaksud perubahan atau pengantara manakala dalam bahasa Yoruba, satu bahasa di Nigeria ia bermakna cinta.

Namun, difahamkan Rooney adalah peminat permainan video Mortal Kombat, dengan Kai adalah karakter utama. Ramai yang menganggap bintang England berusia 24 tahun itu mengambil nama anaknya sempena permainan video itu.

Nama itu semakin popular secara perlahan-lahan sejak 1990-an. Satu nama yang tidak begitu biasa bagi nama pertama buat lelaki tapi agak biasa bagi nama terakhir bagi lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, Rooney dan Coleen masih berdiam diri mengenai rahsia nama anak sulung mereka dan enggan memberikan sebarang komen sejak anaknya itu dilahirkan pada jam 2.20 petang waktu tempatan Isnin lalu.

Google VS Bing

Bg aku setiap orang ade yang memilih google, bing atau yahoo sebagai search engine untuk mencari sesuatu di internet..bg aku google adalah yang terbaik tetapi terpulanglah bg korang pulak..tetapi bg sesiape yang berada 50/50 antara google dan bing ni bolehlah korang pakai ni pulak, Google Vs Bing..haha...dua2 boleh pakai dalam masa serentak dan korang boleh bandingkan hasil kedua-dua enjin carian ni...


Teknik Masking @ Photoshop

salam...lame jugak xbukak adobe ni...dok bosan2 tetibe pulak rase nak practise teknik ni...aku rase teknik paling senang sebab memang senang nak blajar..haha..aku amik gambar scarlett johannson sebab aku amat taksub dgn kecantikan die ni..hahaha..kat bwh ni ade 2 gambar iaitu sebelum dan 1 lagi selepas teknik masking ni..so, enjoy...

Harap2 Ini Benar2 Terjadi


Manchester United kini semakin menghampiri dua pemain buruan mereka, David Villa dan David Silva.

Menurut laporan, kelab Sepanyol, Valencia bersedia melepaskan kedua-dua pemain bintang mereka itu.

Pengurus United, Alex Ferguson amat meminati Villa dan Silva, namun terpaksa melupakan khidmat mereka musim ini selepas Valencia meletakkan harga yang terlalu tinggi.

Ferguson mula memberi perhatian kepada Villa, 27, selepas dia menyinar pada Kejuaraan Euro 2008 di mana dia memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.

Rakan sepasukannya, Silva, 23, pula dilihat sebagai pemain yang mampu menguatkan lagi jentera tengah United.

Dengan wang perpindahan £80 juta (RM448 juta) yang diperoleh hasil penjualan Cristiano Ronaldo, United yakin dapat membawa salah seorang atau kedua-dua pemain berharga Valencia itu.

"Kelab ini telah berusaha keras untuk mengekalkan pemain kami musim ini, namun situasi kewangan kami masih lagi serius," kata pengarah Valencia, Fernando Gomez.

"Ia adalah satu kejayaan untuk mengekalkan mereka tetapi akan tiba masanya kamu tidak akan dapat menghalangnya lagi. Kami mungkin harus menjual Villa."


Jgn Ajar Anak Hisap Puting Bayi!


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.





Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.


Related Posts with Thumbnails