Harap2 Ini Benar2 Terjadi


Manchester United kini semakin menghampiri dua pemain buruan mereka, David Villa dan David Silva.

Menurut laporan, kelab Sepanyol, Valencia bersedia melepaskan kedua-dua pemain bintang mereka itu.

Pengurus United, Alex Ferguson amat meminati Villa dan Silva, namun terpaksa melupakan khidmat mereka musim ini selepas Valencia meletakkan harga yang terlalu tinggi.

Ferguson mula memberi perhatian kepada Villa, 27, selepas dia menyinar pada Kejuaraan Euro 2008 di mana dia memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.

Rakan sepasukannya, Silva, 23, pula dilihat sebagai pemain yang mampu menguatkan lagi jentera tengah United.

Dengan wang perpindahan £80 juta (RM448 juta) yang diperoleh hasil penjualan Cristiano Ronaldo, United yakin dapat membawa salah seorang atau kedua-dua pemain berharga Valencia itu.

"Kelab ini telah berusaha keras untuk mengekalkan pemain kami musim ini, namun situasi kewangan kami masih lagi serius," kata pengarah Valencia, Fernando Gomez.

"Ia adalah satu kejayaan untuk mengekalkan mereka tetapi akan tiba masanya kamu tidak akan dapat menghalangnya lagi. Kami mungkin harus menjual Villa."


0 comments:

Related Posts with Thumbnails