Petunjuk Allah Atau Disengajakan?


Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

Credit To Berita Harian

KLIA Antara 10 Lapangan Tebang Terbaik Dunia

Tahniah!! KLIA tersenarai antara 10 lapangan terbaik dunia berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh penumpang dan disediakan oleh syarikat penerbangan.Dengan meliputi lebih 190 lapangan terbang seluruh dunia, kaji selidik itu menilai pengalaman penumpang berdepan dengan 39 perkhidmatan berbeza di setiap lapangan terbang di samping faktor produk, termasuk ketika mendaftar masuk, tiba dan berlepas.KLIA tersenarai di nombor 7(tahun lepas 4).

Berikut ialah senarai lengkap :

1.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA INCHEON - Korea Selatan
2. LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HONG KONG - Hong Kong
3.CHANGI - Singapore
4. ZURICH - Switzerland
5. MUNICH - Jerman
6. KANSAI - Japan
7.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR - Malaysia
8. LAPANGAN TERBANG AMSTERDAM - Belanda
9. CENTRAIR NAGOYA - Japan
10. LAPANGAN TERBANG AUCKLAND - New Zealand

Misteri Sumpahan Puteri Mesir


DARIPADA semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.

Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.

Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.

Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.

Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.

Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.

Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.

Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.

Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.

Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.

Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.

Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.Dipetik dr Berita Harian


RSS Icon Pelbagai Saiz & Bentuk

Nak tukar feed ikon blog@web anda..berikut adalah contoh rss feed icon yang menarik dan semuanya dalam format PNG..ada pelbagai saiz dari yang kecik hinggalah yang besar, lihat contoh dibawah..
sila klik butang download dibawah untuk memuatturun logo-logo menarik di atas


Belon Pantai Musnahkan Liverpool


Alhamdulillah sebab MU menang 2-1 menentang Bolton tempoh hari, tetapi yang paling hangat dan kontroversi ialah antara perlawanan liverpool menentang Sunderland..Kontroversi tersebut berkaitan sebiji belon pantai yang dibaling oleh penyokong liverpool.. apabila Darren Bent merembat bola, bola tersebut telah terkena belon dan membias kearah berlainan..Reina yang pada awalnya dapat mengagak bola itu akhirnya tidak dapat menangkap bola itu dan membolehkan sunderland menjaringkan gol kemenangan..(dah 4 kali kalah ni)..Pengadil tetap dengan keputusan untuk membenarkan gol tersebut walaupun diprotes oleh pemain liverpool..ape yang menariknya tentang belon pantai itu ialah ia habis dijual didalam laman web pasukan liverpool...nampaknya liverpool nampak tempang tanpa kehadiran gerrard dan torres...hahaha

Sesi Jamming Mase Mude2 Dulu

salam, mase tgh duduk xtau nak buat ape tadi tengtibe mas gorgon datang katenye nak scan gambar2 lame(gorgon tgh rajin)...die scan la dan tunjukkan kat aku gambar2 mase jamming kat BLACK WIDOW STUDIO kat PJ...mase jam tu kalau xsilap aku yang ikot ialah Aku, Abu Ribut, Gorgon, Rezuan, Angah dan kawan abu ribut(lupe la name)...kalau xsilap aku mase ni lepas teman gorgon amik sijil SPM die kat SMKSAS..kitorang sanggup berjalan kaki dari sekolah ke studio ni(berbatu jugak) dan berjaya mengharungi longkan besar(kononnye shortcut, gorgon ckp) dan sampai jugak..gambar kat atas ni mase main lagu Stairway To Heaven(Led Zeppelin)..
yang ni abu ribut tengah tuning gitar(buang mase) mase nak main lagu Paint It Black(Rolling Stone)gambar diatas ni gorgon tgh nyanyi lagu pandang2 jeling2(S.M Salim)hahahaha..memang best suare die...mase gambar atas ni gorgon teringatkan kekasih lame dan menyayikan lagu Pelamin Anganku Musnah(Azie tu!!)..kesian kat gorgon...
yg last ni gambar aku yang dulunye xseberape kacak..hahaha..mase ni tgh main lagu Smells Like Teen Spirit(Nirvana)...memang layan...kat mawah gambar tu ialah tok Kadi...tetido agaknye...xperasan pulak time tu...kesimpulan die jamming hari tu memang best dan lepas tu gorgon belanje KFC kat SS14..thanks gon..

Manchester United VS Bolton




Hujung minggu memang paling dinantikan sebab EPL akan ade game..rase rindu pulak sebab minggu lepas ade international game..minggu ni Manchester akan bertemu Bolton di tempat sendiri..berita menyatakan Rooney tidak akan bermain sebab kecederaan dan Van Der Sar akan kembali bermain menggantikan Foster yg agak gelabah menjage gol..sape ek yang Sir nak letak main penyerang hari ni? harap2 tak mcm lawan sunderland hari tu..game mlm ni akan bermula pada pukul o955 di ESPN..harap2 Manchester akan menang untuk mengekori rapat chelsea..hehehe
Related Posts with Thumbnails